Watie kini tunang Shuib, nikah 23 Jun

PETALING JAYA – Pelawak juga penyampai radio popular, Shuib selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Watie Hanifiah hari ini.

Difahamkan, majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, pihak Watie menerima tiga dulang hantaran daripada Shuib berupa manisan dan sirih junjung berbalas lima dulang iaitu sirih junjung, buah-buahan, samping, kasut dan manisan.

Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 23 Jun depan.

Mengakui hatinya berdebar-debar sejak semalam, Shuib hanya mengharapkan doa orang ramai agar perancangannya untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

“Saya berdebar-debar sejak beberapa hari lalu termasuk sepanjang mencari barang dan melakukan persiapan.

“Rasa lain, seronok dan terharu sebab melihat keluarga bekas mentua dan mak saya bersama dan pihak belah sana (keluarga Watie) disatukan.

“Dalam kehidupan memang tak sangka apa yang Allah SWT sajikan.

“Apa yang boleh diharapkan ialah doa daripada semua orang. Semoga semua doa itu menguatkan lagi membawa kita ke arah kehidupan paling baik,” ujarnya.

Sementara itu, Watie pula berharap ikatan yang bakal terjalin dengan Shuib Jun depan akan berjalan lancar berkat doa semua pihak.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar hari ini.

“Perasaan bercampur-baur dan saya mengharapkan semuanya dipermudahkan dan berkekalan selama-lamanya.

“Semoga hubungan dengan bakal suami mendapat doa daripada semua,” katanya.

Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie dan mengakui bakal bernikah pada Jun depan.

Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

SUMBER : https://www.kosmo.com.my/2023/05/06/shuib-watie-bertunang-nikah-23-jun/

Pilihan Venue Anda
Pakej-pakej lengkap / All In One
Perancang Perkahwinan/Wedding Planner

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-