Tak perlu baling mercun, DIY saja alat khas penghalau monyet! Selesai masalah rumah sering diceroboh

Kedatangan monyet ke rumah hanya membawa malapetaka.

KEHADIRAN kera dan monyet liar di kawasan perumahan boleh mendatangkan banyak masalah kepada penduduk.

Antaranya makanan di dapur dicuri, tong sampah diselongkar dan pakaian yang disidai di ampaian dibawa lari oleh haiwan ini.

Pelbagai petua cuba diguna pakai oleh masyarakat untuk menghindari atau menghalau kumpulan monyet daripada singgah ke rumah, seperti membaling mercun atau meletakkan bahan dengan aroma tengik.

Namun ia tidak seratus peratus menjamin keberkesanan seperti yang diinginkan.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Ahmad Safri Zainudin, ada dikongsikan cara untuk menghalau monyet dengan menggunakan bunyi bising, memandangkan monyet mempunyai telinga yang sensitif.

Menerusi video itu, Safri menunjukkan bagaimana dia mencipta alat inovasi berkonsepkan do it yourself (DIY) yang mampu menghasilkan bunyi bising secara berterusan untuk menakutkan monyet.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya!

Sikap monyet yang gemar menyelongkar sisa makanan menyebabkan persekitaran menjadi bersepah. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Tin atau bekas besi

2) Batang besi bersaiz sederhana

3) Paip poli

4) Baju atau guni terpakai

Sistem ini serupa dengan buaian bayi yang menghasilkan bunyi ‘kriang, kriuk’.

Langkah-langkah:

1) Tebuk lubang pada bahagian atas dan bawah tin.

2) Cucuk batang besi menerusi lubang yang dibuat, pastikan batang besi itu masuk melalui lubang atas dan keluar semula di lubang bawah.

3) Ambil baju atau guni terpakai, gulung bahagian atas pada paip poli, kemudian ikat dengan kemas menggunakan dawai. Pastikan dawai itu mempunyai lebihan yang panjang.

4) Seterusnya sangkut dawai berkenaan pada batang besi tadi. Kini alat menghalau monyet anda sudah hampir siap!

5) Gantung alat tersebut di tempat tinggi dan terbuka, setiap kali angin bertiup, alat itu akan mengeluarkan bunyi bising yang menakutkan monyet di kawasan sekitar.

Bunyi berkenaan terhasil daripada geseran antara batang besi dan tin kosong, manakala baju atau guni terpakai pula bertindak sebagai layar.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

SUMBER : https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2024/11/07/tak-perlu-baling-mercun-diy-saja-alat-khas-penghalau-monyet-selesai-masalah-rumah-sering-diceroboh

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-