
SETIAP pemilik kenderaan pasti tahu kepentingan melakukan servis kereta secara berkala tetapi masih ada yang menangguhkannya.
Ada disebabkan terlalu sibuk dengan urusan harian hingga terlupa membuat tempahan servis selain tidak mempunyai wang mencukupi.
Menangguhkan servis kereta sebenarnya boleh memberi kesan jangka panjang kepada keadaan kenderaan tanpa disedari.
Serevis yang sepatutnya dilakukan tepat pada waktu bukan sekadar rutin tetapi pelaburan untuk mengelakkan kerosakan lebih besar di masa depan.
Berikut merupakan kesan-kesan yang boleh berlaku jika servis kereta ditangguhkan.

Menangguhkan penukaran minyak enjin, yang merupakan asas utama penyelenggaraan kereta, boleh menyebabkan minyak lama dipenuhi kotoran. Ini meningkatkan geseran, mempercepatkan kehausan, dan berpotensi merosakkan komponen enjin.
Enjin yang diselenggara dengan baik berfungsi dengan lebih efisien. Jika servis berkala seperti penukaran penapis udara dan pembersihan sistem bahan api diabaikan, penggunaan minyak akan menjadi lebih tinggi.
Menangguhkan pemeriksaan dan penukaran brek boleh menjejaskan keselamatan kenderaan. Pad brek yang haus dan minyak brek yang merosot boleh meningkatkan risiko kemalangan.
Minyak transmisi sangat penting untuk pertukaran gear yang lancar dan kesihatan sistem transmisi. Jika tidak ditukar secara berkala, ia boleh menjadi panas, pertukaran gear tidak stabil, dan kegagalan transmisi.
Kereta yang tidak diservis secara berkala lebih berisiko mengalami kerosakan besar. Kos membaiki atau mengganti komponen utama akan menjadi jauh lebih mahal berbanding kos servis biasa.
Leave a comments