Puteri Sarah selesai memfailkan permohonan cerai

KUALA LUMPUR – Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Puteri Sarah hadir dengan ditemani adik-beradik selain peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Proses memfailkan perceraian itu selesai kira-kira jam 11.25 pagi.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

SUMBER : SINAR HARIAN

INFO PAKEJ PERKAHWINAN

Pilihan Venue Anda
Pakej-pakej lengkap / All In One
Perancang Perkahwinan/Wedding Planner
Submit

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-