Pendaftaran perkahwinan, kelahiran antara isu disentuh dalam pindaan Akta Orang Asli 1954

PUTRAJAYA: Isu pendaftaran perkahwinan, kelahiran dan kawasan rayau bagi masyarakat Orang Asli adalah antara perkara yang akan disentuh dalam pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berikutan ada beberapa kekangan dalam akta berkenaan terutama membabitkan pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli.

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli perlu mendapat hak milikan tanah kekal terhadap kawasan rayau mereka.

“Untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), saya sudah gariskan beberapa perubahan yang perlu dilakukan terutama Akta 134 yang menyentuh mengenai Orang Asli, wajib dipinda dan pindaan diperlukan kerana terdapat beberapa kekangan dari segi pemilikan tanah dalam kalangan Orang Asli dan mereka perlu diberikan hak milik tanah kekal.

“Terdapat beberapa kekangan dalam Kanun Tanah Negara dan perundangan yang tersangkut dalam Hal Ehwal tanah di peringkat Kerajaan Negeri.

“Dengan adanya pindaan daripada Akta 134, ia juga membabitkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasminya ke JAKOA, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata ketika ini terdapat kira-kira 209,000 Orang Asli di seluruh negara.

Katanya, ketika ini beliau sedang berbincang dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor yang juga Pengerusi Urusetia Pembangunan Ekonomi Orang Asli, untuk melaksanakan pindaan terhadap akta itu.

“Pindaan akta itu akan melihat kepada supaya ada sijil perkahwinan sah dan lengkap untuk masyarakat Orang Asli yang berkahwin secara adat selain perkara membabitkan pendaftaran anak masyarakat itu hasil perkahwinan tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk dengan warga asing.

“Proses untuk pindaan akta itu sudah dimulakan sejak tahun lalu selepas kajian awal yang dilaksanakan JAKOA.

“Antara isu yang diberi perhatian termasuk perkahwinan secara adat depan Tok Batin tanpa sijil sewajarnya selain kesukaran untuk mendaftarkan anak termasuk memerlukan pengesahan daripada JAKOA sebelum boleh didaftarkan di JPN,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kebimbangan juga membabitkan risiko masyarakat Orang Asli dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata, peluang pendidikan juga perlu diberikan kepada masyarakat itu ke tahap tertinggi dengan sasaran 300 anak Orang Asli wajib memasuki universiti.

Katanya, ada beberapa pendekatan akan diambil untuk mencapai matlamat itu termasuk motivasi dan kelas tambahan bagi membolehkan anak masyarakat Orang Asli melakukan perubahan kepada keluarga masing-masing melalui pendidikan.

“Institusi bawah KKDW akan bantu mereka, UNIKL, PolitekMARA, kedua-duanya adalah universiti teknikal yang mempunyai kebolehpasaran dengan graduan yang dihasilkan bersesuaian dengan acuan permintaan guna tenaga dalam pasaran,” katanya.

sumber : Baca di Sini

The Kenduri Packages & Venue

Pilihan Venue Anda
Pakej-pakej lengkap / All In One
Perancang Perkahwinan/Wedding Planner

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-