Pelakon dan pengacara dikenali dengan nama Zulin Aziz pagi ini membuatkan ramai tertanya-tanya apabila memuat naik gambar pernikahannya dengan kapsyen tak disangka.
Menerusi muat naik tersebut Zulin Aziz menulis mungkin sampai sini saja kisah kami (dia dan suami). Tulisnya tiada persefahaman dan Zulin turut mendoakan yang baik-baik saja untuk di masa akan datang.
Malah Zulin Aziz turut berterima kasih untuk semuanya. Berikut adalah luahan selebriti ini yang menyebabkan ramai tertanya-tanya adakah Zulin Aziz cerai itu:
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik2 untuk masa akan datang. InshaAllah,masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care.”
Perkongsian jadi tanda tanya adakah Zulin Aziz cerai ini membuatkan ramai persoalkan. Malah ada juga warganet yang mempertikaikan adakah ini hanya gurauan. Selain itu ada juga yang menasihatkan supaya perkara sebegini jangan dibuat gurau bimbang akan betul terjadi.
Dalam pelbagai reaksi warganet ini ada juga yang meneka Zulin Aziz mungkin akan mengeluarkan lagu baru dengan melakukan gimik sebegini. Apa-apa pun sama-sama tunggu tuan badan punya jawapan nanti.
SUMBER : https://syor.com/mungkin-sampai-sini-saja-kisah-kami-zulin-aziz-cerai-status-di-ig-jadi-tanda-tanya/
Leave a comments