Kenduri Kahwin Di Rumah VS Di Dewan

Dilema pula sama ada nak raikan majlis kahwin di rumah atau di dewan. Ada pasangan pengantin yang awal-awal lagi sudah buat keputusan lokasi perkahwinan yang ingin diadakan. Jom kita baca pro dan kontra kenduri kahwin di rumah atau di dewan.

Memang betul, duit adalah faktor utama untuk mengadakan majlis perkahwinan. Sebab itu bakal pengantin perlu ada kewangan yang stabil dan simpanan berasingan untuk majlis perkahwinan. Kalau boleh janganlah membazir dengan majlis yang terlalu besar-besaran.

https://www.youtube.com/watch?v=CNVGYQ6Ltkg&t=7s

MAJLIS DI RUMAH

  1. Tidak perlu tempah lokasi
    Majlis di rumah tidak perlu tempah lebih awal. Sewa dewan pun tidak diperlukan. Malah, pasangan pengantin juga tidak perlu menempah bilik hotel atau bilik menunggu untuk bersiap serta untuk saudara-mara yang datang.
  1. Gotong-royong

Majlis yang diadakan di rumah boleh buat rewang. Kemeriahan rewang memang tidak disangkal. Barulah rasa bahang sebuah perkahwinan!

  1. Lebih ramai tetamu

Kelebihan mengadakan majlis di rumah adalah kita boleh membawa tetamu lebih ramai. Banyak khemah yang boleh dipasang sekiranya kawasan kediaman luas.

  1. Kompang

Jarang sangat sekarang orang memanggil pasukan kompang untuk majlis perkahwinan. Semuanya menggunakan pemain CD sahaja. Bayangkan pasukan kompang yang anda upah siap dengan pakej silat pengantin. Meriah tu!

  1. Tidak perlu berpindah-randah.

Kadang-kadang masalah timbul apabila pengantin dan keluarga terpaksa membawa barang dari rumah ke lokasi perkahwinan. Nanti ada sahaja barang yang tertinggal. Kan lebih baik adakan majlis di rumah.

MAJLIS DI DEWAN

  1. Kos meliputi banyak perkara
    Apabila majlis diadakan di dewan, pengantin tidak perlu fikirkan tentang kerusi meja dan khemah untuk disewa. Semua ini sudah termasuk di dalam bayaran untuk sewaan lokasi. Kalau hujan atau panas pun tak apa!
  1. Perhiasan pelamin

Biasanya pemasangan pelamin akan dilakukan hanya di dewan, tidak mengganggu tuan rumah dan saudara mara yang ramai berkumpul di rumah. Cuma, pengantin atau ada ahli keluarga yang berada di dewan untuk memastikan pelamin dipasang dengan baik.

  1. Eksklusif

Majlis perkahwinan di dewan tampak lebih eksklusif. Belum hiasan pelamin yang indah menjadi centre of attraction.

  1. Katering

Tak perlu pening kepala untuk fikirkan katering bagi majlis perkahwinan. Carilah dewan yang mempunyai katering sekali. Tak perlu anda runsing tentang makanan yang akan dihidangkan nanti.

Bolehlah para pengantin buat pertimbangan yang lebih baik. Ada banyak lagi kelebihan dan kekurangan ni. Yang penting anda ia bergantung pada bajet anda.

Pilihan Venue Anda
Pakej-pakej lengkap / All In One
Perancang Perkahwinan/Wedding Planner

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-