Hanya 50 Peratus Kapasiti Premis Dibenarkan Untuk Majlis Keramaian Di Kawasan PKPB Termasuk Kenduri Kahwin

Memandangkan banyak lagi negeri dan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka ini kemaskini mengenai SOP PKPB untuk majlis keramaian untuk negeri dan kawasan yang terlibat.

Antara majlis yang dibenarkan beroperasi pada 50% kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial.

  1. Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta

Majlis Sosial seperti :

Kenduri-kendara,
Majlis perkahwinan dan pertunangan
Resepsi
Majlis aqiqah
Doa selamat
Tahlil
Sambutan ulang tahun
Sambutan hari kelahiran
Reunion
Retreat
Dan lain-lain majlis sosial dibenarkan

SOP Kenduri Di Kawasan PKPP, PKPB & PKPD
ADAKAH PENGANJURAN MAJLIS RASMI & TIDAK RASMI KERAJAAN DAN SWASTA, MAJLIS SOSIAL SEPERTI KENDURI-KENDARA, MAJLIS PERKAHWINAN DAN PERTUNANGAN, RESEPSI, MAJLIS AQIQAH, DOA SELAMAT, TAHLIL, SAMBUTAN ULANG TAHUN, SAMBUTAN HARI KELAHIRAN, REUNION, RETREAT DAN LAIN-LAIN MAJLIS SOSIAL DIBENARKAN?

i) SOP Kenduri & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKPP

Penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta DIBENARKAN mengikut SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS KERAJAAN & SWASTA dan SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS SOSIAL.

Jika anda bercadang untuk menganjurkan sebarang majlis, sila rujuk sepenuhnya panduan berikut:

  1. SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS KERAJAAN & SWASTA

BACA DI SINI ( KLIK )

2. SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS SOSIAL :

BACA DI SINI ( KLIK )

Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi MAJLIS Rasmi dan Tidak Rasmi dari kawasan PKPP ke kawasan PKPD dan sebaliknya TIDAK DIBENARKAN.

ii) SOP Kenduri & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKPB

SOP PKPB BAGI PENGANJURAN MAJLIS KERAMAIAN (KEMASKINI 18 DISEMBER 2020)

  1. Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta
  2. Majlis Sosial seperti :
    – Kenduri-kendara,
    – Majlis perkahwinan dan pertunangan
    – Resepsi
    – Majlis aqiqah
    – Doa selamat
    – Tahlil
    – Sambutan ulang tahun
    – Sambutan hari kelahiran
    – Reunion
    – Retreat
    – Dan lain-lain majlis sosial dibenarkan

Dibenarkan beroperasi pada 50% kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial.

*Sumber : SOP PKPB Kemaskini 18 Disember 2020 di Telegram MKN via MyGCC

iii) SOP Kenduri & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKPD

Penganjuran majlis kenduri dan majlis keraian BAGI KAWASAN PKPD ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info sahih dan terkini melalui

Telegram Rasmi MKN https://t.me/MKNRasmi
Twitter Rasmi MKN https://twitter.com/MKNJPM
Instagram Rasmi MKN https://www.instagram.com/mkn_rasmi/
Facebook Rasmi MKN https://facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-