Idea Barang Hantaran Bagi Pihak Lelaki

𝐈𝐝𝐞𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 – Apakah Barang Hantaran Lelaki Yang Sesuai Dimasukkan Dalam Dulang Hantaran? Berikut adalah senarai barang hantaran lelaki. Ia sesuai untuk dijadikan hantaran tunang dan juga hantaran kahwin bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan anda.   1. Set dompet dan tali pinggang Jika wanita wajib ada handbag, lelaki pula tentunya wallet dan tali pinggang. Set hantaran lelaki ini yang pastinya berguna untuk bakal suami anda.   2. Minyak wangi Siapa tak nak suami berbau wangi kan? Dengan minyak wangi yang anda beri, badan suami sentiasa harum. Ini buatkan mereka tampil lebih yakin di depan orang ramai. Dengan set hantaran De’Xandra ini anda bukan saja dapat minyak wangi, tapi juga wangian udara serta kotak yang siap dihias dan balut.   3. Al-Quran Sebagai ketua keluarga, seorang suami wajib ada pengetahuan agama supaya boleh membimbang isteri dan anak-anak ke jalan yang benar. Untuk itu, Al-Quran perlu dijadikan sebagai pegangan. Dengan memberikan Al-Quran sebagai salah satu dari barang hantaran lelaki, semoga ia akan menjadikan keluarga anda celik Al-Quran. Al-Quran Pelangi kulit keras ini sangat sesuai untuk dijadikan hantaran. Lengkap dengan cop pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ini mengesahkan setiap ayat dalam Al-Quran adalah betul. Jadi, pembaca boleh baca tanpa was-was.   4. Sejadah Berikan sejadah sebagai barang hantaran untuk lelaki. Bila menjadi imam anda nanti bolehlah suami gunakan sejadah yang anda beri. Sejadah Genuine Madinah ini bukan saja corak seperti carpet di Madinah, tapi juga tebal sehingga 1cm. Sangat selesa ketika menunaikan solat.     5. Kasut Jika bakal suami anda seorang yang bekerja pejabat, berikan kasut kerja. Andai dia gemar bersukan, jadikan kasut sukan sebagai barang hantaran. Tidaklah nanti barang hantaran yang anda beri jadi pekasam bila tak digunakan. Kasut dari Valentino Rudy ini antara yang cantik dan sedap dipakai.   6. Kain sampin Ini pula barang hantaran untuk lelaki yang boleh mereka gunakan ketika hari raya ataupun bila menghadiri kenduri kendara. Kain sampin songket tenun dari Songket Dunia ini sememangnya cantik dan berkualiti tinggi.   7. Tali leher Buat lelaki korporat, tali leher menjadi aksesori penting mereka. Berikan tali leher dengan mempunyai corak yang cantik. Tentu suami anda nampak lagi bergaya dan tampan.   8. Baju kemeja Pakaian harian buat lelaki yang bekerja di pejabat. Jadikan sebagai hantaran. Boleh juga tambah pakaian mereka nak ke pejabat. Tidaklah nanti hanya ulang baju yang sama selang beberapa hari. Baju kemeja lengan panjang jenama Alain Delon nampak segak bila dipakai ke pejabat. Ada 3 warna untuk anda pilih.     9. Seluar panjang Apa salahnya berikan seluar panjang yang akan dipakai dengan kemeja. Boleh mereka untuk ke pejabat ataupun untuk menghadiri majlis rasmi.   10. Jam tangan Ada banyak pilihan jam tangan lelaki. Dari yang murah hingga yang puluhan ribu ringgit. Tak tahu nak pilih jam apa? Pilih saja dari senarai ini. Apa yang pasti berikan jam tangan original untuk dijadikan sebagai barang hantaran lelaki. Jika rosak nanti boleh claim warranty.   11. Blazer Ini juga penting untuk mereka yang bekerja di dunia korporat. Jika anda jadikan ia sebagai barang hantaran, berguna juga nanti untuk si dia ketika bekerja. Anda boleh menempah blazer dari Az Shop dengan harga yang berpatutan.     12. Smartwatch Anda inginkan si dia menjalani gaya hidup yang sihat? Apa kata berikan Amazfit GTR 3 Pro Smartwatch. Datang dengan 2 warna, hitam dan coklat. Smartwatch ini terdapat pelbagai fungsi untuk memantau kesihatan seperti kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, kualiti tidur dan banyak lagi. Apa yang best dengan smartwatch ini, anda tak perlu nak caj bateri selalu. Bateri boleh tahan sehingga 30 hari dengan menggunakan battery saver mode. Tapi, jika anda hanya gunakan mod biasa, bateri boleh bertahan sehingga 12 hari. Kira lama juga tu!   Jika rosak, jam ini ada 12 bulan jaminan dari pengeluar.   info pakej perkahwinan – whatsapp (klik)  

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-