Didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, ini respon Naim Daniel.
Persoalan mengenai selebriti yang didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pelakon Naim Daniel muncul di mahkamah hari ini.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan.
Kes ini masih di peringkat awal, jadi Naim memilih untuk tidak mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses perbicaraan.
Buat masa sekarang saya belum bercadang untuk mengulas panjang oleh kerana kita masih di peringkat awal. Saya tak ingin ada campur aduk yang boleh mengganggu perbicaraan nanti.
Pelantun lagu ‘Sumpah’ ini bagaimanapun memahami persoalan yang menjadi tanda tanya orang ramai kerana kes yang dikaitkan dengannya adalah berat.
Naim menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama penuh bagi membersihkan namanya.
Harap doa dari semua
Setakat ini, saya serahkan kepada sistem pengadilan. Saya komited untuk bagi kerjasama penuh bagi bersihkan nama, harap dapat doa dari semua.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata jadual kerjanya akan dibincangkan bersama pengurusan dari XO House dan dia kini mahu fokus terhadap apa yang perlu dihadapinya sekarang.
SUMBER : https://ohmedia.my/ohartis/didakwa-buat-perkara-tak-senonoh-naim-daniel-bersuara/
Leave a comments