Cantikkan Kulit Di 5 Hotspot Kolam Air Panas Malaysia

Mandi di kolam air panas mempunyai banyak kebaikan seperti mengurangkan tekanan, sakit kulit, lenguh badan, sendi dan membantu melancarkan semula pengaliran darah. Jika anda ingin kulit yang cantik dan menjaga kesihatan, kunjungilah kolam air panas di Malaysia pada musim percutian kali ini seperti berikut:

1- Kolam Air Panas Selayang

Kolam Air Panas Selayang atau Selayang Hot Spring terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong yang popular. Terdapat sebanyak tiga kolam utama di sini yang membekalkan air panas semulajadi dari bawah tanah.

Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di kolam ini dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan. Anda boleh menyewa baldi dan gayung atau membawa sendiri jika ingin mandi di sini. Terdapat juga peniaga yang menjual makanan dan minuman ringan.

2. Kolam Air Panas Ulu Legong

Kolam Air Panas Ulu Legong yang terletak di Baling, Kedah merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di negeri ini. Terdapat kemudahan penginapan yang selesa dengan kolam mandian air panas berperingkat yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Kolam air panas yang disediakan di sini terdiri daripada kolam utama, kolam dewasa, kolam wanita dan kolam kanak-kanak. Anda juga boleh melakukan aktiviti lain di sini sambil mandi iaitu berakit, berkayak, berkhemah dan memasak barbeku.

3. Kolam Air Panas Suria

Terletak di dalam hutan hujan, Kolam Air Panas Suria ialah antara tempat menarik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di Pahang. Air panas semulajadi yang kaya dengan mineral ini telah terbukti mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan.

Terdapat sebanyak dua buah kolam air panas yang disediakan bagi penggunjung iaitu sebuah kolam untuk kanak-kanak dan sebuah kolam untuk orang dewasa. Selain itu, terdapat juga kolam peribadi yang ditawarkan di setiap vila untuk semua pengunjung yang ingin menikmati ‘me-time’ atau masa peribadi

4. Lost World Hot Springs And Spa

Ingin bercuti di Perak? Kunjungi Lost World Hot Spring and Spa untuk percutian yang menenangkan anda dengan banyak aktiviti menarik. Terdapat 13 kolam, 3 pondok persendirian untuk disewa serta Crystal Spa bagi pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan mengurut.

Anda juga boleh menikmati pelbagai aktiviti lain seperti menyaksikan persembahan nyanyian, melihat dekorasi bertema, ‘foot spa’ dan sebagainya lagi.

5. Kampung Ayer Hangat Langkawi

Langkawi adalah destinasi pelancongan yang mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik untuk dilawati pada musim percutian. Selain pantai Chenang dan tempat membeli barang bebas cukai, anda boleh kunjungi perkampungan Ayer Hangat yang mempunyai telaga air panas. Uniknya telaga air panas ini adalah ia merupakan satu-satunya mata air masin di negara kita.

Terdapat dua telaga air panas awam yang terkenal di kampung ini iaitu Telaga Betina atau Wanita Baik dan Telaga Jantan atau Telaga Lelaki. Sekiranya anda inginkan privasi, kawasan persendirian disediakan dan ia menempatkan dua belas jakuzi peribadi lengkap dengan tandas, tempat mandi dan gazebo.

SUMBER RUJUKAN ; https://prihatinspanco.com.my/2022/10/22/5359/

Pilihan Venue Anda
Pakej-pakej lengkap / All In One
Perancang Perkahwinan/Wedding Planner

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-