Andika Putera Dikecam Lagi Lepas Netizen Tengok Balik Konten ‘Test Drive’ Kereta Klasik!

Belum reda isu yuran seumur hidup sebanyak RM249 yang dikenakan kepada peserta Old Money Malaysia, nama Andika Putera kembali menjadi topik hangat. Apa pula kali ini?

Andika yang memuat naik video test drive kereta klasik pada beberapa bulan lepas telah mengundang perhatian ramai.

Kalau korang tengok video itu, Andika berkongsi pengalaman memandu sebuah kereta klasik jenama MG tapi, sehingga ke hari ini kereta tersebut masih belum menjadi miliknya.

Andika juga dilihat hanya terus sibuk mencipta konten berkaitan gaya hidup Old Money di media sosial.

Netizen kurang senang dengan tindakan Andika Putera

Menerusi platform Facebook, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Andika. 

Individu itu mendakwa, Andika hanya menggunakan kereta klasik tersebut sebagai bahan konten semata-mata.

Konon Old Money, tapi minta bayaran ansuran. Hello, jutawan Old Money beli bayar cash. Rupanya (test drive kereta) hanya untuk buat konten Old Money saja.

Kalau korang ruangan komen, ramai netizen turut menyuarakan pandangan yang sama. 

Mereka mendakwa, sikap seperti ini biasa dilakukan oleh individu yang hanya mahu mencipta imej Old Money tanpa benar-benar memiliki kekayaan sebenar.

“Jangan terpedaya dengan penipuan Old Money” – Netizen

Selain meluahkan rasa kecewa, ada juga netizen yang memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati. Menurut mereka, gaya hidup yang ditonjolkan melalui konsep Old Money ini mungkin sekadar gimik untuk menarik perhatian dan mengaut keuntungan daripada pengikut di media sosial.

Jangan mudah percaya. Kadang-kadang semua ini cuma lakonan untuk konten. Kita pula yang kena bayar yuran untuk sesuatu yang tak wujud.

#OhmediaNasihat

Fenomena Old Money mengingatkan kita untuk tidak terlalu mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang ditonjolkan di media sosial. Apa yang dipaparkan mungkin tidak menggambarkan realiti sebenar.

Sebelum melibatkan diri dalam mana-mana program, pastikan anda menyelidik dan memahami sepenuhnya apa yang ditawarkan. Jangan mudah terpedaya dengan imej atau janji manis yang hanya untuk konten!

SUMBER : https://ohmedia.my/trending/andika-putera-dikecam-lagi-lepas-netizen-tengok-balik-konten-test-drive-kereta-klasik/

Leave a comments

Terima Kasih kerana hubungi kami,boleh kami dapatkan sedikit details untuk memudahkan Sales Consultant kami untuk hubungi :-