Seorang isteri ini selalu dahagakan kasih sayang suaminya, dimana bagi dirinya suaminya itu adalah tempat dia bermanja dan mesra. Akan tetapi kalau tiada perhatian dari si suami kerana sibuk berkerja, tentu sahaja isteri ini akan makan hati dan lama ke lamaan terasa hati.
Sedikit perkongsian kisah Ustaz Ebit Lew ini memang akan menyentuh hati sesiapa sahaja, tak lupa juga sedikit amalan buat isteri untuk melembutkan hati suaminya patut isteri-isteri cuba.
Seorang kakak tanya. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung.
Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya. Stress sangat dan dah puas menangis.
Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun..suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa. Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.
Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumahtangga pengubat jiwa.
Cuba puan buat 3 amalan ini;
• Pertama solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari. 2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya.
• Keduanya tetapkan waktu Ta’lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta’lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita.
• Ketiga setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. “Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kaseh jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga”
Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Rahmat Allah hilang.
Dia pun buat selama seminggu. 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang sayang.
Syukur hari ini ramai kerana doa isteri dapat bawa suami ke keluargasunnah.
Leave a comments