PAKEJ SANDING LENGKAP DEWAN & RUMAH CITRA KASIH MELAKA
Dewan Citra Kasih Melaka adalah sebuah lokasi yang popular untuk pelbagai jenis acara termasuk majlis perkahwinan. Dewan Citra Kasih Terletak di kawasan yang strategik ia menawarkan ruang yang luas dan kemudahan yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri, majlis korporat, seminar, dan acara sosial lain.
Dewan Citra Kasih ini terletak di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka. Dewan ini telah siap dibina pada September 2015 yang berkeluasan (24 meter persegi X 48 meter persegi) dan boleh memuatkan seramai 1000 orang dalam satu masa.
Dewan ini menawarkan 100 buah meja bulat, 10 meja panjang dan 1000 kerusi banquet dalam satu masa. Dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin untuk keselesaan pelanggan, dua buah bilik surau lelaki dan perempuan serta sebuah bilik ruang menunggu.
Untuk majlis-majlis keramaian dan majlis perkahwinan disediakan bilik untuk beristirehat yang kebiasaannya digunakan untuk VVIP. Turut disediakan juga kelengkapan kelengkapan untuk kegunaan taklimat atau seminar. Ruang letak kereta yang selesa disediakan untuk pelanggan sebanyak 80 lot. Dewan Citra Kasih juga menyediakan bilik penyediaan makanan di sebelah luar dewan.
Pakej – pakej perkahwinan yang kami tawarkan mengikut bajet anda. Ia termasuk pada Bridal dan Fotografi. Bagi Pelamin & Busana di butik kami adalah mengikut trend terkini. Bakal pengantin harus membuat pilihan yang bersesuaian dengan tema majlis yang diimpikan. Ini akan memudahkan pihak jurugambar kami merekod memori hari bersejarah anda untuk di jadikan sebuah Album.
Fotografi dan videografi juga merupakan bahagian yang penting dalam pakej di dewan. Team yang berpengalaman luas akan mengabadikan setiap momen berharga dalam hari persandingan Anda. Dari momen pengantin memasuki dewan hingga ke atas pelamin, setiap momen akan diambil dengan cantik dan elegant. Anda akan memiliki kenangan manis yang dapat dilihat semula selama bertahun-tahun yang mendatang.
Selain itu, Dalam pakej perkahwinan di Dewan, semua detail disiapkan dengan teliti oleh Event Coordinator. Mereka akan memastikan bahwa setiap detail yang dibuat dengan sempurna bagi memastikan kelancaran majlis persandingan Anda.