5. Kasut
Jika bakal suami anda seorang yang bekerja pejabat, berikan kasut kerja. Andai dia gemar bersukan, jadikan kasut sukan sebagai barang hantaran.
Tidaklah nanti barang hantaran yang anda beri jadi pekasam bila tak digunakan. Kasut dari Valentino Rudy ini antara yang cantik dan sedap dipakai.
6. Kain sampin
Ini pula barang hantaran untuk lelaki yang boleh mereka gunakan ketika hari raya ataupun bila menghadiri kenduri kendara. Kain sampin songket tenun dari Songket Dunia ini sememangnya cantik dan berkualiti tinggi.
7. Tali leher
Buat lelaki korporat, tali leher menjadi aksesori penting mereka. Berikan tali leher dengan mempunyai corak yang cantik. Tentu suami anda nampak lagi bergaya dan tampan.
8. Baju kemeja
Pakaian harian buat lelaki yang bekerja di pejabat. Jadikan sebagai hantaran. Boleh juga tambah pakaian mereka nak ke pejabat. Tidaklah nanti hanya ulang baju yang sama selang beberapa hari.
Baju kemeja lengan panjang jenama Alain Delon nampak segak bila dipakai ke pejabat. Ada 3 warna untuk anda pilih.
9. Seluar panjang
Apa salahnya berikan seluar panjang yang akan dipakai dengan kemeja. Boleh mereka untuk ke pejabat ataupun untuk menghadiri majlis rasmi.
10. Jam tangan
Ada banyak pilihan jam tangan lelaki. Dari yang murah hingga yang puluhan ribu ringgit. Tak tahu nak pilih jam apa? Pilih saja dari senarai ini.
Apa yang pasti berikan jam tangan original untuk dijadikan sebagai barang hantaran lelaki. Jika rosak nanti boleh claim warranty.
11. Blazer
Ini juga penting untuk mereka yang bekerja di dunia korporat. Jika anda jadikan ia sebagai barang hantaran, berguna juga nanti untuk si dia ketika bekerja. Anda boleh menempah blazer dari Az Shop dengan harga yang berpatutan.
12. Smartwatch
Anda inginkan si dia menjalani gaya hidup yang sihat? Apa kata berikan Amazfit GTR 3 Pro Smartwatch. Datang dengan 2 warna, hitam dan coklat. Smartwatch ini terdapat pelbagai fungsi untuk memantau kesihatan seperti kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, kualiti tidur dan banyak lagi.
Apa yang best dengan smartwatch ini, anda tak perlu nak caj bateri selalu. Bateri boleh tahan sehingga 30 hari dengan menggunakan battery saver mode. Tapi, jika anda hanya gunakan mod biasa, bateri boleh bertahan sehingga 12 hari. Kira lama juga tu!
Jika rosak, jam ini ada 12 bulan jaminan dari pengeluar.
info pakej perkahwinan – whatsapp (klik)
The Kenduri Event SDN BHD , Dewan Pekerti Negeri Sembilan Darul KhususSeremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Leave a comments